HB

DUET KAWEN OH !

Monday, September 3, 2012

Refleksi


Masalah yang dihadapi sepanjang menyelesaikan tugasan ini ialah kesukaran untuk memilih artikel yang sesuai dan menepati kehendak soalan tugasan. Cara saya menyelesaikan masalah ini ialah dengan berbincang dengan beberapa orang rakan untuk mendapatkan pendapat mereka bagi memilih artikel yang sesuai. Masalah yang kedua ialah kesukaran menghasilkan laman ilmu bagi memenuhi kehendak tugasan ini. Cara menanganinya ialah dengan bertanya kepada rakan-rakan dari kumpulan lain dan mengkaji sendiri cara menghasilkan laman ilmu bersama-sama rakan sekumpulan.

Setelah menempuh cabaran untuk menghasilkan laman ilmu saya dan rakan kumpulan berjaya menghasilkan laman ilmu. Namun masih terdapat pelbagai perkara yang boleh dipelajari selepas ini. Kemahiran mengulas artikel dan menghasilkan laman ilmu ini merupakan kemahiran yang baru saya pelajari ketika melaksanakan tugasan ini. Pada kebiasaannya bolg yang didapati hanyalah bersifat hiburan atau santai tetapi bagi tugasan ini memerlukan penghasilan sebuah laman ilmu yang ilmiah. Kemahiran yang baru saya pelajari juga ialah bagaimana menangani stres berdasarkan rujukan dan pembacaan beberapa buah buku rujukan.

Tugasan ini amat membantu rancangan masa depan saya terutamanya dari segi ilmu berkaitan dengan stres. Saya dapat mempelajari cara-cara pengurusan stres yang bijak dan mengenalpasti punca-punca stres. Sebagai seorang bakal guru saya haruslah mempelajari cara-cara menangani stres agar tidak dibelenggu stres yang serius. Saya juga harus mengelakkan diri dari punca-punca stres yang boleh mengganggu kualiti kehidupan sebagai seorang guru.

Disediakan oleh,

Norin binti Shaari / 8 PISMP KS/PJ/PM 2

No comments: