HB

DUET KAWEN OH !

Monday, September 3, 2012

REFLEKSI 2

Terdapat kelainan sedikit pada tugasan pertama yang diberikan oleh pensyarah pada kali ini iaitu saya dan ahli kumpulan dikehendaki untuk membina “blog” dan kami bertiga dikehendaki untuk memuat naik segala isu yang telah kami kupas menerusi artikel yang saya dan ahli kumpulan telah kumpulkan di dalam sebuah blog. Kini, blog sudah bukan perkara asing lagi bagi generasi muda seperti saya dan apa yang saya dapat daripada tugasan melalui blog ini ialah bermatlamat untuk menggalakkan guru pelatih seperti saya ini supaya lebih dekat dengan salah satu inovasi dalam sistem pendidikan kita pada hari ini iaitu penggunaan blog dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk mana-mana mata pelajaran yang bersesuaian.

Melalui pemahaman saya sebagai guru pelatih hal ini mempunya objektifnya yang tersendiri iaitu supaya sistem pendidikan negara sentiasa mengikut arus perkembangan dan perubahan dunia dan relevan dengan keperluan semasa khususnya inovasi dan perubahan dalam pendidikan yang menjadikan peranan dan tanggungjawab guru lebih mencabar dari semasa ke semasa. Diharapkan perkongsian ilmu yang saya dan ahli telah muat naik di dalam blog ini dapat memberikan manfaat lantas dapat membuka minda kepada sesiapa sahaja yang membacanya.

Tugasan yang kedua pula ialah kupasan isu semasa mengenai sistem pendidikan kini yang mengalami pelbagai perubahan samada dari aspek positif mahu pun negatif. Isu yang telah saya pilih ialah mengenai penyalahgunaan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi dalam kalangan murid sekolah. Ledakan teknologi yang kian hebat pada hari ini menyebabkan permasalahan ini terjadi dalam kalangan murid sekolah. Mereka lebih gemar mencuba perkara yang baru lebih-lebih lagi tanpa pemantauan yang khusus daripada ibu bapa dan juga guru.

Maka sebagai seorang guru yang bakal ditempatkan di sekolah pada tahun hadapan, perlu rasanya saya berusaha untuk memantapkan dirinya dengan menguasai perisian-perisian komputer dan internet dan mengaplikasikannya semasa proses pengajaran dan pembelajaran demi untuk meningkatkan kualiti pendidikan bagi menjana modal insan di sekolah di samping menggunakan perisian yang bersesuaian agar dapat memantau apa yang dilayari oleh murid-murid di sekolah. Melalui pemerhatian saya ketika di Institut Perguruan saya dapat lihat masih ramai guru-guru yang gigih untuk menimba ilmu, mempersiapkan diri mereka dengan menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh Institut Perguruan demi untuk memantapkan lagi penguasaan teknologi maklumat dan juga komputer.

Jika mereka yang sudah berusia mampu untuk terus belajar demi masa depan anak murid mereka sendiri, mengapa tidak saya? Itu yang sering berada di fikiran memandangkan saya bakal ditempatkan di sekolah pada tahun hadapan, seharusnya ilmu-ilmu berkenaan teknologi maklumat tersebut sudah hampir sebati dengan diri sepanjang menuntut di Institut Perguruan Tuanku Bainun. Kursus-kursus ini ada yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran sendiri, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) mahupun yang disediakan oleh pihak swasta. Dengan menghadiri kursus-kursus sebegini adalah menjadi landasan yang terbaik bagi guru-guru untuk menjadi seorang yang celik komputer.

Implikasinya, isu-isu moral semasa dapat ditangani dalam kalangan murid di sekolah khususnya isu-isu yang membabitkan nilai-nilai sosial menjadi begitu kompleks dan menjadi sukar untuk diselesaikan. Fenomena ini disebabkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang ingin diterapkan bercanggah dengan nilai-nilai di Barat atau negara-negara maju yang lain yang mana mereka lebih mementingkan materialistik, individualistik dan budaya kosmopolitan. Hal ini berbalik semula kepada ibu bapa dan juga guru. Penerapan nilai-nilai murni sejak kecil lagi memainkan peranan agar permasalahan ini tidak lagi timbul di kemudian hari


Disediakan oleh,

AMALINA RASHID

8PISMP KS/PJ/PM2

No comments: